DENGAN INI SAYA MERASMIKAN LAMAN BLOG SAINS SERTA PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK SMKDS 2013
Sumber Info Jabatan Sains
Isnin, 17 Jun 2013
Khamis, 13 Jun 2013
Kursus Pembantu Makmal Lantikan Baru
As salam...
Nama Kursus : Kursus untuk Pembantu Makmal Lantikan Baru
Tarikh : 21 Mei 2013
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Makmal Biologi
Satu kursus untuk pembantu makmal lantikan baru telah pun diadakan di SMKDS dibawah anjuran JPN Negeri Perak dengan kerjasama KSKM Cawangan Negeri Perak
Seramai 49 orang peserta yang terpilih terdiri daripada semua sekolah di sekitar Batang Padang dan Hilir Perak.
Kumpulan sasaran adalah pembantu makmal lantikan tahun 2011 dan 2012.
Pendaftaran peserta di mulakan tepat jam 8.00 pagi
Ucapan alu aluan oleh Pengerusi KSKM Negeri Perak..En Sabri bin Abu Hanipah
Antara peserta kursus yang terlibat
Slot pertama disampaikan oleh:
En Zhaharudin bin Md Ali
Ketua Pembantu Makmal C22
SMK Seri Ampang
Ipoh Perak.
Tajuk:Pengurusan Makmal Kimia
Antara pengisian di dalam slot kali ini adalah :
1) Keselamatan dan Peraturan keselamatan di dalam makmal Kimia
2)Kemahiran untuk mengenal pasti label berbahaya bahan kimia
3) Mengenal Jadual Kalaan Unsur
4) Penyimpanan bahan kimia samaada yang masih pekat atau yang telah dicairkan
5) Cara mengendalikan bahan kimia
6) Mengenal alat radas dan cara penggunaan nya
7) Pengiraan dan cara membaancuh larutan bahan kimia
Slot kedua pula di isi dengan Teknik Kerja Kaca oleh:
En P.Selva Kumar
Pembantu Makmal C22 (KUP)
SMK Raja Permaisuri Bainun
Ipoh
Tajuk : Teknik Kerja Kaca
Antara pengisian di dalam slot kedua ini adalah :
1) Mengenal jenis-jenis kaca
2) Pembersihan radas - radas kaca
3) Langkah - langkah keselamatan
4) Alatan yang digunakan samada untuk keselamatan
atau pun untuk kerja memotong kaca.
Sesi amali juga diadakan dengan menggalakkan para peserta kursus mengambil bahagian.
Slot terakhir di isi dengan ceramah mengenai Biologi,disampaikan oleh:
Pn Vimaladevi a/p Krishnan
Ketua Pembantu Makmal C22
SMK Seri Kampar
Antara pengisian yang di berikan adalah :
1) Penyediaan Reagen,Pewarna dan Larutan
2) Perbezaan Antara Larutan 1% dan Larutan 1M
3)Penyenggaraan Peralatan dan Bahan Sains
Sedikit pemberitahuan info mengenai Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) oleh Setiausaha Cawangan Pn Khuzaimah Zainuddin dan ucapan penutup daripada Pengerusi Cawangan En Mohd Sabri bin Abu Hanipah.
Semoga semua peserta yang menghadiri kursus pada kali ini banyak mendapat ilmu dan manfaat untuk di gunakan dalam urusan kerja seharian kita di makmal.
SENARAI NAMA URUSETIA DAN PEGAWAI KSKM YANG TERLIBAT
Pengerusi KSKM : En Mohd Sabri bin Abu Hanipah
Setiausaha KSKM : Pn Khuzaimah bt Zainuddin
AJK KSKM : Pn Rohani bt Supardi
Urusetia : Pn Hartini bt Sarpin
Urusetia : Pn Salfiza bt Zainudin
Selasa, 4 Jun 2013
Teknik Menjawab Sains PMR 2013
As salam
Tarikh : 9/5/2013
Tempat : Bilik Gerakan SMKDS
Sasaran : 3 Intelek - 3 Bijak (80 orang)
Penceramah :Tn Hj Yusuf
Sek Men Sains Teluk Intan
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Teknik menjawab Sains PMR 2013 telah diadakan di Bilik Gerakan SMKDS di bawah anjuran Panitia Sains Teras.Seramai 80 orang pelajar yang terlibat.Ceramah yang diberikan oleh Tn Hj Yusuf dari Sek Men Sains Teluk Intan dengan memberikan penekanan dalam kertas 2.Pelajar dapat mendengar ceramah dalam keadaan yang tenang dan memahami teknik yang disampaikan dengan baik.Semua guru Sains Ting 3 terlibat semasa ceramah berlangsung.Guru Kanan Sains dan Matematik juga turut hadir semasa program tersebut di jalankan.
Isnin, 27 Mei 2013
Teknik Menjawab Sains SPM 2013
As-Salam
Tarikh : 23/4/2013
Tempat : Makmal Biologi
Sasaran : Kelas 4Eko,4Geo,4ICT,4MPV
Penceramah : En Afzanizam
(Kolej Teknik Vokasional T.Intan)
Masa : 11.00 pagi - 1.10 ptg
Teknik menjawab Sains SPM 2013 telah diadakan di Makmal Biologi SMKDS di bawah anjuran Panitia Sains Teras.Seramai 120 orang pelajar yang terlibat.Ceramah yang diberikan oleh En Afzanizam (KTVTI) dengan memberikan penekanan dalam kertas 2.Pelajar dapat mendengar ceramah dalam keadaan yang tenang dan memahami teknik yang disampaikan dengan baik.Semua guru Sains Ting 4 dan Ting 5 terlibat semasa ceramah berlangsung.Guru Kanan Sains dan Matematik juga turut hadir semasa program tersebut di jalankan.
Tarikh : 23/4/2013
Tempat : Makmal Biologi
Sasaran : Kelas 4Eko,4Geo,4ICT,4MPV
Penceramah : En Afzanizam
(Kolej Teknik Vokasional T.Intan)
Masa : 11.00 pagi - 1.10 ptg
Teknik menjawab Sains SPM 2013 telah diadakan di Makmal Biologi SMKDS di bawah anjuran Panitia Sains Teras.Seramai 120 orang pelajar yang terlibat.Ceramah yang diberikan oleh En Afzanizam (KTVTI) dengan memberikan penekanan dalam kertas 2.Pelajar dapat mendengar ceramah dalam keadaan yang tenang dan memahami teknik yang disampaikan dengan baik.Semua guru Sains Ting 4 dan Ting 5 terlibat semasa ceramah berlangsung.Guru Kanan Sains dan Matematik juga turut hadir semasa program tersebut di jalankan.
p/s : Maaf kualiti gambar yang agak kabur sedikit..
Khamis, 16 Mei 2013
Perutusan Selamat Hari Guru
Dengan segala hormatnya pihak admin menyiarkan ucapan Selamat Hari Guru oleh
Guru Kanan Sains SMKDS En Saidin bin Mat Jam.
Memperkenalkan Guru Kanan Sains SMKDS, En Saidin bin Mat Jam
Selamat Hari Guru 2013
Teacher is like PEPSI " Ask 4 More"
Teacher is like NIKE " Just Do It"
Teacher is like Nokia "Connecting People"
Teacher is like McD " Im Loving It"
"SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI BAWAH JABATAN SAINS SMKDS"
Selasa, 14 Mei 2013
Perjalanan Sehari Mencari Batik
Salam Sejahtera
Pada 28/4/2013 perjalanan mencari pakaian seragam batik untuk guru guru di Jabatan Sains
telahpun di adakan.
.Perjalanan di sertai oleh:
Ketua Panitia : Pn NoorSuhana bt Md Nabibon
Pen.Ketua Panitia : Pn Hazlina bt Hawari
Pembantu Makmal : Pn Hartini bt Sarpin
Wajah wajah kegembiraan ketika di dalam ETS.
Sedang menikmati kegembiraan menaiki ETS,tiba-tiba kami dikejutkan dengan pengumuman oleh pihak KTM mengatakan ETS ini akan berhenti di Stesen Kepong kerana landasan dari Kuala Lumpur ke K.L Sentral mengalami kerosakan.Oleh itu pihak KTM menyediakan bas untuk membawa penumpang ETS ke K.L Sentral.
telahpun di adakan.
.Perjalanan di sertai oleh:
Ketua Panitia : Pn NoorSuhana bt Md Nabibon
Pen.Ketua Panitia : Pn Hazlina bt Hawari
Pembantu Makmal : Pn Hartini bt Sarpin
Perjalanan bermula tepat jam 7.34 pagi dengan menaiki ETS di Stesen Keretapi Tapah Road...
Sedang menikmati kegembiraan menaiki ETS,tiba-tiba kami dikejutkan dengan pengumuman oleh pihak KTM mengatakan ETS ini akan berhenti di Stesen Kepong kerana landasan dari Kuala Lumpur ke K.L Sentral mengalami kerosakan.Oleh itu pihak KTM menyediakan bas untuk membawa penumpang ETS ke K.L Sentral.
Inilah uncle yang baik hati yang sentiasa tersenyum melayan karenah penumpang yang sentiasa bertanyakan soalan mengapa terpaksa berhenti di Stesen Kepong.
Wajah wajah kegembiraan kerana selamat sampai di K.L Sentral
Bersantai sebentar di dalam kawasan K.L Sentral
Menaiki LRT dari K.L Sentral ke Masjid Jamek kemudiaan ke Bandaraya.
Sebelum meneruskan misi pencariaan makan tengahari dulu si Kompleks SOGO.
Misi dan objektif asal diteruskan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Pencarian berhasil walaupun agak memenatkan tapi gembira kerana objektif tercapai.
Setelah berhempas pulas dengan misi pencariaan kami berhenti seketika untuk berehat di Restoran Zam Zam di Jalan Tuanku Abdul Rahman..
Inilah dia hasil dari misi pencariaan dan pembelian di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk batik seragam guru guru di Jabatan Sains.
Kami bertolak pulang semula pada pukul 6.05 dengan menaiki ETS di K.L Sentral dan selamat tiba di Stesen KTM Tapah Road pada pukul 8.05 malam.
Langgan:
Catatan (Atom)