Isnin, 27 Mei 2013

Teknik Menjawab Sains SPM 2013

As-Salam

Tarikh : 23/4/2013
Tempat : Makmal Biologi
Sasaran : Kelas 4Eko,4Geo,4ICT,4MPV
Penceramah : En Afzanizam
(Kolej Teknik Vokasional T.Intan)
Masa : 11.00 pagi - 1.10 ptg

Teknik menjawab Sains SPM 2013 telah diadakan di Makmal Biologi SMKDS di bawah anjuran Panitia Sains Teras.Seramai 120 orang pelajar yang terlibat.Ceramah yang diberikan oleh En Afzanizam (KTVTI) dengan memberikan penekanan dalam kertas 2.Pelajar dapat mendengar ceramah dalam keadaan yang tenang dan memahami teknik yang disampaikan dengan baik.Semua guru Sains Ting 4 dan Ting 5 terlibat semasa ceramah berlangsung.Guru Kanan Sains dan Matematik juga turut hadir semasa program tersebut di jalankan.





p/s : Maaf kualiti gambar yang agak kabur sedikit..

Khamis, 16 Mei 2013

Perutusan Selamat Hari Guru


Dengan segala hormatnya pihak admin menyiarkan ucapan Selamat Hari Guru oleh 
Guru Kanan Sains SMKDS En Saidin bin Mat Jam.




Memperkenalkan Guru Kanan Sains SMKDS, En Saidin bin Mat Jam

Selamat Hari Guru 2013


Teacher is like PEPSI " Ask 4 More"
Teacher is like NIKE " Just Do It"
Teacher is like Nokia "Connecting People"
Teacher is like McD " Im Loving It"



"SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI BAWAH JABATAN SAINS SMKDS"

Selasa, 14 Mei 2013

Perjalanan Sehari Mencari Batik

Salam Sejahtera

 Pada 28/4/2013 perjalanan mencari pakaian seragam batik untuk guru guru di Jabatan Sains
 telahpun di adakan.

.Perjalanan di sertai oleh:
Ketua Panitia : Pn NoorSuhana bt Md Nabibon
Pen.Ketua Panitia : Pn Hazlina bt Hawari
Pembantu Makmal : Pn Hartini bt Sarpin


Perjalanan bermula tepat jam 7.34 pagi dengan menaiki ETS di Stesen Keretapi Tapah Road...


Wajah wajah kegembiraan ketika di dalam ETS.




























Sedang menikmati kegembiraan menaiki ETS,tiba-tiba kami dikejutkan dengan pengumuman oleh pihak KTM mengatakan ETS ini akan berhenti di Stesen Kepong kerana landasan dari Kuala Lumpur ke K.L Sentral mengalami kerosakan.Oleh itu pihak KTM menyediakan bas untuk membawa penumpang ETS ke K.L Sentral.


Inilah uncle yang baik hati yang sentiasa tersenyum melayan karenah penumpang yang sentiasa bertanyakan soalan mengapa terpaksa berhenti di Stesen Kepong.

Wajah wajah kegembiraan kerana selamat sampai di K.L Sentral

Bersantai sebentar di dalam kawasan K.L Sentral


Menaiki LRT dari K.L Sentral ke Masjid Jamek kemudiaan ke Bandaraya.

Sebelum meneruskan misi pencariaan makan tengahari dulu si Kompleks SOGO.


Misi dan objektif asal diteruskan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Pencarian berhasil walaupun agak memenatkan tapi gembira kerana objektif tercapai.



Setelah berhempas pulas dengan misi pencariaan kami berhenti seketika untuk berehat di Restoran Zam Zam di Jalan Tuanku Abdul Rahman..


Inilah dia hasil dari misi pencariaan dan pembelian di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk batik seragam guru guru di Jabatan Sains.

Kami bertolak pulang semula pada pukul 6.05 dengan menaiki ETS di K.L Sentral dan selamat tiba di Stesen KTM Tapah Road pada pukul 8.05 malam.



Ahad, 12 Mei 2013

Karnival Sains Daerah Hilir Perak

Pengenalan:
Aktiviti Karnival Sains daerah Hilir Perak merupakan satu acara tahunan yang diadakan setiap tahun untuk semua sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Hilir Perak

Objektif:
Melahirkan ramai saintis muda dikalangan pelajar dan memupuk minat para pelajar mengenai sains itu sendiri

Tarikh:
27/4/2013

Tempat:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah,Chenderong Balai,Perak.

Masa:
8.00 pagi - 2.00 petang

Antara pertandingan yang dipertandingkan:
1) Dapur Solar
2) Amali Sains
3) Teknologi Pelancar Roket
4) Kereta Solar
5) Inovasi Sains dan Kejuruteraan

Seperti tahun tahun yang sebelumnya Sek Men Keb Dato' Sagor Langkap telah pun dilantik untuk menjadi AJK Pelaksana untuk pertandingan Dapur Solar

AJK Pelaksana Pertandingan Dapur Solar:
En Mohd Saifol Tiffli bin Abd Samad - Persiapan Tempat
Pn Mazalina bt Mohd Razali - Pendaftaran Hakim dan Peserta
Pn Mardziah bt Mohd Yusoff - Pendaftaran Hakim dan Peserta
Pn NoorSuhana bt Md Nabibon - Sijil dan Cenderamata
Pn Hazlina bt Hawari - Peralatan
Pn Mazaliana bt Mohd Sarnua - Pegawai Perhubungan

SMKDS juga tidak ketinggalan menghantar wakil pelajar untuk menyertai setiap 
pertandingan yang dijalankan.

Koleksi gambar dihari pertandingan:












p/s : Nantikan entri terbaru selepas ini...







Selasa, 7 Mei 2013

Salam Perkenalan

 As - Salam..

Salam perkenalan...salam pembukaan...untuk semua pembaca blog Sumber Info Jabatan Sains...blog yang diwujudkan untuk Jabatan Sains mencatatkan segala berita atau pemberitahuan yang berlaku di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sagor Langkap,Perak.

Dari semasa ke semasa pihak admin akan cuba menambahbaikan laman blog ini agar ianya mesra pembaca dan mudah untuk para pembaca mendapatkan maklumat atau berita..

Sekian untuk catatan kali ini...selepas ini admin akan cuba menyiarkan atau sentiasa mengemaskini blog ini untuk bacaan kita bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...